Kelas ICT (Kelas Menaip) dan Asas Microsoft Office

30 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2024, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau telah mengadakan Kelas ICT (Kelas Menaip) dan Asas Microsoft Office. Kelas diadakan di NADI Kg Surau ini telah disertai oleh seorang peserta. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai teknik menaip dengan betul dan menggunakan komponen komputer dengan baik serta penggunaan Microsoft Office dalam pengurusan pembelajaran secara teratur. Kelas ini dilihat mampu untuk mendidik peserta agar lebih “celik IT” supaya mampu bersaing dengan masyarakat bandar yang lebih terdedah dengan penggunaan ICT. Serta menarik minat mereka untuk mengaplikasikan fungsi Microsoft Office di masa hadapan serta dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan dengan orang ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali